MAJILIS PENYAMPAIAN SLIP PT3 2018

Majilis penyampaian slip PT3 yang telah berjalan lancar pada ketetapan berikut;

Tarikh: 13 Decenber 2018
Tempat: Dewan Terbuka SMKS

Tahniah diucapkan kepada semua calon PT3 2018, diharapkan para calon PT3 tahun hadapan akan dapat membuat yang lagi baik.

PERKHEMAHAN PERDANA 2018

Perkhemahan Perdana yang kali ketiga dijalankan diperkarangan SMK Simpangan yang baharu, telah bermula pada 14/9/2018(Jumaat) dan menutup tirai pada 15/9/2018(Sabtu) dengan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurankan oleh Pegetua sekolah iaitu Cikgu Jaafar bin Marlan. Penyelaras bagi perkhemahan adalah Cikgu Bennedict Jonnib merupakan seorang guru yang amat aktif dan meminati aktiviti-aktiviti perkhemahan yang lasak dan mencabar. Beliau berkata “Perkhemahan ini sudah tentunya tidak akan berjaya tanpa perancangan yang teliti daripada pihak penganjur sendiri.” Perkhemahan Perdana  2018 melibatkan 7 unit beruniform iaitu unit beruniform St. John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merat, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan Kadet Polis.

Sepanjang perkhemahan ini, 4 kategori yang dipertandingkan iaitu; Unit Beruniform Terbaik, Tapak Kemah terbaik, Persembahan Malam Kebudayaan terbaik, Kawad Kaki terbaik dan Tapak Perkhemahan terbaik. Unit beruniform Pandu Puteri berjaya merangkul tiga kategori, iaitu Unit Beruniform terbaik, Kawad Kaki dan Persembahan Malam Kebudayaan. Unit Beruniform St.John berjaya menghalang unit beruniform Pandu Puteri daripada terus merangkul keempat-empat kategori tersebut dan berjaya mendapat penilaian terbaik daripada juri tapak perkemahan.

Ahli unit beruniform yang terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan ini ialah Govindra Masilin bagi kategori lelaki dan kategori perempuan ialah Melviana Arman. 

Perkhemahan seperti Perkhemahan Perdana sememangnya memberi para murid motivasi, disiplin dan selain itu dapat mengembangkan lagi potensi murid tersebut. Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang mengatakan. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”